Skip to main content

Pentingnya Asid Folik dan Protein ketika hamil

Salam semua!! Hari ni pagi2 lagi dapat gud news dari kawan Amy yang mengatakan dia pregnant..Alhamdulillah..actually ni dikira kandungan ketiga sebab yang dua sebelum ini dia alami keguguran..So disebabkan itu,hari ini Amy rasa ingin sama2 kongsi mengenai kepentingan asid folic dan protein ketika hamil..Yelah,mungkin ada di antara kita tak sedar tentang kepentingan 2 perkara ni..Meh kita share sama2 yerk..

credit MyInspiration

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

 

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

-bayam, 1 cawan;

-kacang bendi, setengah cawan;

-asparagus, setengah cawan;

-lentil, setengah cawan;

-hati, 1 keping;

-11 kubis brussels;

-kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;

-emping bran, 7 sudu makan;

-germa gandum, 25g / 1 aun;

-betik sederhana besar.

 

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

 

-brokoli kukus, 2 pucuk;

-buah oren saiz besar;

-nasi putih, setengah cawan;

-oat, setengah cawan;

-kacang merah, setengah cawan;

-jagung saiz besar, 1;

-biji bunga matahari, 1 aun.

 

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

 

Sumber asal :http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/asid

 

set ibu hamil2


Cukupkah keperluan asid folik dalam set kehamilan ini? 

 

Jawapannya YA. Kerana kandungan folate (dalam bentuk asid folik) di dalam Vitalea ialah 200 mcg dan di dalam B Complex ialah 200 mcg. Anda juga mendapat vitamin C yang membantu penyerapan iron (dalam Vitalea), yang membantu untuk menyeimbangkan Hb anda. Kehadiran kalsium dan DHA yang juga amat penting sepanjang tempoh kehamilan.

 

Anda juga boleh add on Omega (DHA,minyak Ikan) ESP (Soy Protein) untuk perkembangan minda dan pertumbuhan bayi yang sihat.
 
Kenapa ESP in penting utk ibu hamil?

 

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.  Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 

Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3

Jelaskan??So untuk ibu2 pregnant semua, sila ambil berat tentang kandungan anda..Berikan yang terbaik untuk bayi anda.. :) Pilihan saya,pastinya Shaklee..Pilihan anda??

 



NOOR AIDAMY BT MD NOOR

ID 885411


017-6954353

 Bandar Baru Bangi

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

Comments

Popular posts from this blog

Cukup ke susu saya??

Salam Jumaat..Hari ni memang semangat sangat updated blog..haha..then hari ni punya post akan berkisar mengenai susu ibu sahaja!Chewahh!! semangat punya pasal kan..Dalam masa Amy kongsi info dengan kawan-kawan,dalam masa yang sama ia sebagai peringatan juga untuk diri Amy..Kot-kot dah lupa lah kan..hehe.. So Amy nak tanya ibu-ibu yang menyusu ni,sebelum ni pernah tak kita terfikir "cukup ke susu aku ni?" "anak aku kenyang ke tak ni".. Sebab sesetengah ibu rasa bila anak mula start meragam,menangis mereka akan ingat susu mereka tidak cukup ataupun tidak mengenyangkan..Betul ke??So bila dah jadi macam tu,ramai yang akan berpaling kepada susu formula..Stop!! Jangan terus buat assumption macam tu..kesian baby anda nanti.. Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml). Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyus...

Makanan pertama Muhammad Zufar! (Ibu yang excited lebih)

Assalammualaikum...Lebih kurang seminggu dah Amy bg solid food kat Zufar,tapi baru nak share dengan korang semua..hehe..maybe majoriti dah tau apa itu solid food,apa itu puree dan sebagainya.Tapi bagi Amy walaupun Zufar anak yang kedua,time nilah baru Amy tau apa itu puree sebab this time kena sediakan makanan Zufar sendiri memandangkan Amy hantar Zufar ke pengasuh...Zaim dulu mak mertua amy yang jaga so tak perlu nak sedia makanan bagai..hehe..Tapi takpe setiap hari adalah hari untuk kita belajar dan setiap anak memberi kita pengalaman yang berbeza..betul tak?? So back to the topic,first solid food yang buat untuk Zufar ialah puree pisang...hehe..Mula2 nak buat tu memang excited sangat..Yelah,setiap ibu mesti rasa macam tu..First time nak tgk anak makan selepas 6 bulan hanya minum susu ibu jer kan..So perkara pertama yang buat ialah beli blender! Yelah,kalau xde blender camner nak blend makanan baby bagi dia tak berketul2..kang tercekik plak baby tu nanti..So blender pilihan Amy yan...

My milkbooster

Salam semua...ambik mood tulis blog sambil tgk af (nak tgk zizan jer sbenarnya).. Lately bila stress,amy perasan susu akan merudum sikit..yelah wlupun kita makan supplemen tp emosi kita tak stabil,badan letih,fikiran asyik stress memang susu akan merudum.. So sebagai ibu yang menyusu,amy sentiasa mencuba makan sesuatu yang baru sama ada ia sesuai dijadikan sebagai milkbooster amy atau tidak..kira try and error lah kan..so pagi tadi,setelah lama tak menyentuh oat yang amy beli,tiba2 rasa teringin nak try..so apa lagi trylah campur oat,horlick dan benda wajib iaitu esp.dan lepas tu terus telan 10 biji alfalfa.tadi try pump susu,ok agak banyak wlupun selepas menyusu kan zufar dan susu pun jadi sangat pekat...yes!ni pun boleh jadi my milkbooster.. So pada semua ibu2 yang tetiba susu kurang,jangan cepat putus asa..kalau boleh try semua makanan yang orang kata boleh jadi milkbooster..tak semua org sama..ada orang makan longan,susu jadi melimpah ruah tp org lain makan berbakul pun tetap x ban...