Skip to main content

Kesan kafein ke atas penyerapan vitamin

Emm..memang lepas admit ward hari tu,nak sangat tulis mengenai post nie..Yelah,gatal gi minum kafein time pregnant,sape suruhkan...hehe.. Actually,for those yang tak tahu,Amy di masukkan ke hospital 2 minggu lepas sebab tiba2 degupan jantung jadi laju..so after semalaman terpaksa tido di CCU, doc tanya "awak ada ambil caffein ke?"..sambil terkulat2 senyum, terpaksa mengangguk..haha..doc kata, ibu yang sedang pregnant jantungnya memang dah sedia laju..so pengambilan caffein ni kalau bagi orang yang tak pregnant pun,memang akan melajukan jantung.. so bila ibu pregnant minum minuman yang mengandungi caffein, degupan jantung tu jadi double lah.. degilkan?hehe... kalau pada customer,Amy sibuk nasihatkan jangan ambil minuman yang mengandungi caffein sepanjang mengambil vitamin.. Tapi sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa..hehe..kalau tak jadi benda2 macam ni, tak ambil pengajaranlah pulak kan.. So lepas keluar ward hari tu,hubby Amy telah 'mengharamkan' Amy untuk mengambil sebarang minuman yang mengandungi caffein.. even ice cream yang takde kena mengena dengan caffein pun dilarang ambil..hehe..xpelah.. tu semua untuk kebaikan jugakkan.. So hari ni Amy nak share, kenapa kita dilarang untuk mengambil caffein sepanjang mengambil vitamin??

credit health by nature


Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.



ZAT BESI (IRON)


Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..


KALSIUM


Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.


VITAMIN D


Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh.


VITAMIN B


Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggupenyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks.Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

 

Emm so pada sesiapa yang gemar sangat mengambil minuman bercaffein ni tak kisahlah sama ada kopi ke,minuman bergas ke,coklat ke,koko ke mungkin boleh kurangkan sikit pengambilannya..Kalau dulu kena minum hari2,sekarang kurangkanlah kepada 2 atau 3 kali seminggu jer.. Bersama2 kita jaga kesihatan yer.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Cukup ke susu saya??

Salam Jumaat..Hari ni memang semangat sangat updated blog..haha..then hari ni punya post akan berkisar mengenai susu ibu sahaja!Chewahh!! semangat punya pasal kan..Dalam masa Amy kongsi info dengan kawan-kawan,dalam masa yang sama ia sebagai peringatan juga untuk diri Amy..Kot-kot dah lupa lah kan..hehe.. So Amy nak tanya ibu-ibu yang menyusu ni,sebelum ni pernah tak kita terfikir "cukup ke susu aku ni?" "anak aku kenyang ke tak ni".. Sebab sesetengah ibu rasa bila anak mula start meragam,menangis mereka akan ingat susu mereka tidak cukup ataupun tidak mengenyangkan..Betul ke??So bila dah jadi macam tu,ramai yang akan berpaling kepada susu formula..Stop!! Jangan terus buat assumption macam tu..kesian baby anda nanti.. Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml). Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyus...

Makanan pertama Muhammad Zufar! (Ibu yang excited lebih)

Assalammualaikum...Lebih kurang seminggu dah Amy bg solid food kat Zufar,tapi baru nak share dengan korang semua..hehe..maybe majoriti dah tau apa itu solid food,apa itu puree dan sebagainya.Tapi bagi Amy walaupun Zufar anak yang kedua,time nilah baru Amy tau apa itu puree sebab this time kena sediakan makanan Zufar sendiri memandangkan Amy hantar Zufar ke pengasuh...Zaim dulu mak mertua amy yang jaga so tak perlu nak sedia makanan bagai..hehe..Tapi takpe setiap hari adalah hari untuk kita belajar dan setiap anak memberi kita pengalaman yang berbeza..betul tak?? So back to the topic,first solid food yang buat untuk Zufar ialah puree pisang...hehe..Mula2 nak buat tu memang excited sangat..Yelah,setiap ibu mesti rasa macam tu..First time nak tgk anak makan selepas 6 bulan hanya minum susu ibu jer kan..So perkara pertama yang buat ialah beli blender! Yelah,kalau xde blender camner nak blend makanan baby bagi dia tak berketul2..kang tercekik plak baby tu nanti..So blender pilihan Amy yan...

My milkbooster

Salam semua...ambik mood tulis blog sambil tgk af (nak tgk zizan jer sbenarnya).. Lately bila stress,amy perasan susu akan merudum sikit..yelah wlupun kita makan supplemen tp emosi kita tak stabil,badan letih,fikiran asyik stress memang susu akan merudum.. So sebagai ibu yang menyusu,amy sentiasa mencuba makan sesuatu yang baru sama ada ia sesuai dijadikan sebagai milkbooster amy atau tidak..kira try and error lah kan..so pagi tadi,setelah lama tak menyentuh oat yang amy beli,tiba2 rasa teringin nak try..so apa lagi trylah campur oat,horlick dan benda wajib iaitu esp.dan lepas tu terus telan 10 biji alfalfa.tadi try pump susu,ok agak banyak wlupun selepas menyusu kan zufar dan susu pun jadi sangat pekat...yes!ni pun boleh jadi my milkbooster.. So pada semua ibu2 yang tetiba susu kurang,jangan cepat putus asa..kalau boleh try semua makanan yang orang kata boleh jadi milkbooster..tak semua org sama..ada orang makan longan,susu jadi melimpah ruah tp org lain makan berbakul pun tetap x ban...