Skip to main content

Ketahui Asas Kitaran Haid Anda

Assalammualaikum...Lamanya Amy tak update blog nie..dah bersawang dah kot..hehe.. Sorry... So hari ni meh kita share sama2 info yang Amy dapat ni mengenai asas kitaran haid anda..Penting ke nak tau semua benda ni? Yup, of course!! Kadang2 ada setengah orang,bila tak datang period 2,3 bulan, baginya itu satu benda yang normal..Normal ker??Ia akan normal apabila period anda 'hadir' setiap bulan tanpa sebarang masalah..tu barulah normal.. So pada sesiapa yang periodnya kejap datang, kejap tak datang, kena aware lah..Takut ada masalah lain pulak yang akan timbul.. Salah satu sebab mungkin anda masih belum dikurniakan baby, haid yang tidak teratur boleh jadi punca sebab utama selain belum dikurniakan rezeki lagi oleh Allah..Tapi kalau kita sedar yang kita mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur,kita kena berusahalah betulkannya.. Yang penting berusaha,doa dan tawakal..

credit Kotex

Asas Kitaran Haid





Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung dan moody. Ini menandakan permulaan kitaran haid kamu, iaitu apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap bulan. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang lain.

Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.

Apakah yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period kamu, otak kamu akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.

Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus kamu sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini akan runtuh. Period kamu akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks kamu dan terus ke vagina.

 

Period: Berapa Banyak, Bila?






Sebaik sahaja kamu lebih mengenali kitaran haid kamu, kamu akan tahu apa yang normal dan apa yang luar biasa. Sekiranya kamu seorang atlit atau menjalani diet yang keterlaluan baru-baru ini, kamu mungkin melihat terdapatnya perubahan pada kitaran haid kamu. Apabila perubahan ini berlaku, kamu mungkin perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui penyebabnya.




Apa maknanya apabila saya mempunyai haid yang tidak tetap?
Haid yang tidak tetap bermaksud yang kamu tidak didatangi haid setiap bulan. Ia mungkin ada pada bulan ini dan tiada pada bulan berikutnya atau ia mungkin datang secara jarang-jarang dari masa ke semasa. Kitaran yang tidak tetap ini biasanya dalam istilah perubatan dikenali sebagai metroragia. Kamu sebenarnya mengalami haid di antara tarikh yang kamu dijangka untuk haid. Ia mungkin disebabkan oleh:

  • Ketumbuhan seperti polips atau sista pada uterus

  • Endometriosis

  • Penggunaan pencegah kehamilan

  • Ketidakseimbangan hormon





 

Apa maknanya sekiranya haid saya terlalu sedikit dan terlalu jarang berlaku?
Apabila kamu mengalami aliran haid yang sedikit yang berlaku setiap 35 hari atau lebih, dan kamu mungkin mendapat oligomenorea. Ia mungkin disebabkan oleh:

  • Hormon lelaki berlebihan dalam tubuh yang disebabkan oleh sindrom ovari polisista

  • Tiada telur yang dibebaskan oleh ovari ( tiada ovulasi)

  • Tekanan emosi

  • Pemakanan yang kurang disebabkan diet keterlaluan

  • Aktiviti fizikal yang terlalu keras


Apa maknanya jika haid saya datang terlalu kerap?

Sekiranya kamu didatangi haid setiap dua atau tiga minggu, kamu mungkin mengalami
polimenorea. Pendarahan haid ini berlaku kurang dari selang 3 minggu. Ia mungkin di alami
semasa dua tahun pertama selepas period kali pertama. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

  • Tiada ovulasi

  • Ketidakseimbangan hormon

  • Tekanan emosi

  • Pemakanan tak seimbang

  • Aktiviti fizikal yang terlalu banyak


Apa maknanya jika haid saya datang setiap bulan tetapi dengan aliran yang terlalu banyak?

Kamu mempunyai kitaran haid yang tetap tetapi terdapat faktor lain yang menyebabkan aliran kamu menjadi banyak. Pendarahan banyak ketika haid dipanggil menoragia. Ia biasanya berlaku apabila aliran darah semasa haid lebih dari 5 sudu besar atau 80 ml. Ia mungkin disebabkan oleh:

  • Ketumbuhan seperti polips atau sista pada uterus

  • Tiada ovulasi berlaku untuk satu jangka waktu lama









So pada customer Amy yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, first product yang Amy akan syorkan pastinya ialah GLA..Kenapa GLA?


GLA


GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.


Kelebihan GLA ni bukan sahaja dapat membantu membetulkan semula kitaran haid anda, malahan juga boleh meningkatkan kesuburan anda.Nak cuba??Pm Amy yerk...

Comments

Popular posts from this blog

Makanan pertama Muhammad Zufar! (Ibu yang excited lebih)

Assalammualaikum...Lebih kurang seminggu dah Amy bg solid food kat Zufar,tapi baru nak share dengan korang semua..hehe..maybe majoriti dah tau apa itu solid food,apa itu puree dan sebagainya.Tapi bagi Amy walaupun Zufar anak yang kedua,time nilah baru Amy tau apa itu puree sebab this time kena sediakan makanan Zufar sendiri memandangkan Amy hantar Zufar ke pengasuh...Zaim dulu mak mertua amy yang jaga so tak perlu nak sedia makanan bagai..hehe..Tapi takpe setiap hari adalah hari untuk kita belajar dan setiap anak memberi kita pengalaman yang berbeza..betul tak?? So back to the topic,first solid food yang buat untuk Zufar ialah puree pisang...hehe..Mula2 nak buat tu memang excited sangat..Yelah,setiap ibu mesti rasa macam tu..First time nak tgk anak makan selepas 6 bulan hanya minum susu ibu jer kan..So perkara pertama yang buat ialah beli blender! Yelah,kalau xde blender camner nak blend makanan baby bagi dia tak berketul2..kang tercekik plak baby tu nanti..So blender pilihan Amy yan...

Jom kenali ViViX

Ok guys! Bulan ni adalah Promo untuk Vivix.. Beli 6 percuma 1..best tak??hehe.. Ramai orang tak tau apa sebenarnya kebaikan vivix ni..Yelah,ada setengah org kata, ish mahalnya vivix ni.Tapi kalau mahal tp kualitinya setanding atau mungkin lebih baik dr harganya,apa salahnya berbelanja sikit kan.. Bak kata orang, better habiskan duit sebelum dapat penyakit,sbb klu dah dpt penyakit lagi banyak duit yang perlu dilaburkan..Betul tak??hehe..so amy taknak cakap banyak,jom kita baca apa sebenarnya khasiat Vivix nie... credit to adaa sejak akhir2 ni ramai yang berkongsi kebaikan vivix ni..dan salah satu testimoni yang paling kerap adaa dengar ialah ianya mampu merawat asma..tertanya jugak lah macam mana tu? Almaklumlah, adaa ni berminat dengan cara ianya berfungsi..kadang2 doktor pon rimas agaknya sebab asyik bertanya..bukan apa, kalo sakit, pastu gi hospital, doktor cuma bagi ubat, adaa sungguh lah tak suka..adaa suka doktor yang chitchat dgn kita..terangkan macam mana boleh kena sakit xxx, a...

Menyusu tapi nak KURUS?

Salam satu Malaysia! Selamat Hari Raya Haji..seronok ke beraya smalam??hehe..hope takde di kalangan kita yang terlebih makan daging yer..kang tiba2 naik plak darah..hehe..so hari nak cerita pasal macammana cara nak kurus dengan selamat tapi topik hari ini Amy lebih specifickan kepada ibu-ibu yang menyusu..Yelah,selepas berpantang kadang-kadang berat masih tak mencapai berat yang diingini..Nak diet tapi menyusu badan pulak.Nak makan produk pelansingan,takut bahayakan baby..Emm..camner tu..Yelah,bila kita fully breastfeedkan baby, anak adalah keutamaan kita..Apa-apa yang kita makan,apa2 yang kita buat,perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah,adakah ia memberi kesan yang buruk pada bayi kita..Macam Amy jugaklah..lepas berpantang,berat masih tak mencapai berat yang diinginkan..Jadi nak buat macammana yer???   Don't worry mommy2 semua..Shaklee sentiasa berikan yang terbaik,selamat dan berkesan..Untuk ibu2 yang menyusu,penurunan secara drastik mungkin akan memberi kesan kepada ku...