Skip to main content

Penyusuan Susu Ibu - Panduan Bagi Ibu yang Bekerja

Assalammualaikum.Selamat sejahtera..semenjak berpeluang menyusukan Zufar,anak Amy yang kedua,Amy suka sangat share,search info mengenai penyusuan ni..kalau boleh nak jadi expert lah dalam bidang nie..hehe..Juz happy dapat share experience dgn ibu2 yang menyusukan bayi nie...Tapi Jangan kata Amy anti plak pada ibu2 yang bg susu formula kat baby,sebab Amy pun pernah berada di tempat anda semasa lahirkan anak sulung Amy..Terasa rugi dan sedih sangat sbb hanya berpeluang seminggu jer susukan Zaim..maybe bukan sebab susu Amy takde,tapi sebab itu pengalaman pertama,so mmg kurang sgt ilmu mengenai kepentingan susu ibu nie..plus masa tu memang takde di kalangan adik beradik amy yang breastfeedkan anak diorg..time tu lahkan...

So kali ni Amy juz nak share sedikit panduan untuk ibu yang bekerja tapi dalam masa yang sama menyusukan baby..Sgt bagus untuk yang bakal menjadi ibu dan berazam untuk susukan bayi mereka dgn susu badan..InsyaAllah..

 

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja




Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa untuk mula memerah susu ibu


Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.

  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.












  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.













  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.



Pusing dan perah dari semua arah.

Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.

Menyimpan susu yang telah diperah.




  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.

  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.

  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.


Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.




  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.

  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.

  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.


Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.




  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:









































Masa Menyusu

Hari 1 - 3

Hari 4 - 6

Hari 7 - 9

Hari 10 - 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pgSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pgSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tghSusu ibuSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum Petang 2.00 - 4.00 ptgSusu ibuSusu ibuSusu ibuSusu yang diperah

Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Makanan pertama Muhammad Zufar! (Ibu yang excited lebih)

Assalammualaikum...Lebih kurang seminggu dah Amy bg solid food kat Zufar,tapi baru nak share dengan korang semua..hehe..maybe majoriti dah tau apa itu solid food,apa itu puree dan sebagainya.Tapi bagi Amy walaupun Zufar anak yang kedua,time nilah baru Amy tau apa itu puree sebab this time kena sediakan makanan Zufar sendiri memandangkan Amy hantar Zufar ke pengasuh...Zaim dulu mak mertua amy yang jaga so tak perlu nak sedia makanan bagai..hehe..Tapi takpe setiap hari adalah hari untuk kita belajar dan setiap anak memberi kita pengalaman yang berbeza..betul tak?? So back to the topic,first solid food yang buat untuk Zufar ialah puree pisang...hehe..Mula2 nak buat tu memang excited sangat..Yelah,setiap ibu mesti rasa macam tu..First time nak tgk anak makan selepas 6 bulan hanya minum susu ibu jer kan..So perkara pertama yang buat ialah beli blender! Yelah,kalau xde blender camner nak blend makanan baby bagi dia tak berketul2..kang tercekik plak baby tu nanti..So blender pilihan Amy yan...

Jom kenali ViViX

Ok guys! Bulan ni adalah Promo untuk Vivix.. Beli 6 percuma 1..best tak??hehe.. Ramai orang tak tau apa sebenarnya kebaikan vivix ni..Yelah,ada setengah org kata, ish mahalnya vivix ni.Tapi kalau mahal tp kualitinya setanding atau mungkin lebih baik dr harganya,apa salahnya berbelanja sikit kan.. Bak kata orang, better habiskan duit sebelum dapat penyakit,sbb klu dah dpt penyakit lagi banyak duit yang perlu dilaburkan..Betul tak??hehe..so amy taknak cakap banyak,jom kita baca apa sebenarnya khasiat Vivix nie... credit to adaa sejak akhir2 ni ramai yang berkongsi kebaikan vivix ni..dan salah satu testimoni yang paling kerap adaa dengar ialah ianya mampu merawat asma..tertanya jugak lah macam mana tu? Almaklumlah, adaa ni berminat dengan cara ianya berfungsi..kadang2 doktor pon rimas agaknya sebab asyik bertanya..bukan apa, kalo sakit, pastu gi hospital, doktor cuma bagi ubat, adaa sungguh lah tak suka..adaa suka doktor yang chitchat dgn kita..terangkan macam mana boleh kena sakit xxx, a...

Menyusu tapi nak KURUS?

Salam satu Malaysia! Selamat Hari Raya Haji..seronok ke beraya smalam??hehe..hope takde di kalangan kita yang terlebih makan daging yer..kang tiba2 naik plak darah..hehe..so hari nak cerita pasal macammana cara nak kurus dengan selamat tapi topik hari ini Amy lebih specifickan kepada ibu-ibu yang menyusu..Yelah,selepas berpantang kadang-kadang berat masih tak mencapai berat yang diingini..Nak diet tapi menyusu badan pulak.Nak makan produk pelansingan,takut bahayakan baby..Emm..camner tu..Yelah,bila kita fully breastfeedkan baby, anak adalah keutamaan kita..Apa-apa yang kita makan,apa2 yang kita buat,perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah,adakah ia memberi kesan yang buruk pada bayi kita..Macam Amy jugaklah..lepas berpantang,berat masih tak mencapai berat yang diinginkan..Jadi nak buat macammana yer???   Don't worry mommy2 semua..Shaklee sentiasa berikan yang terbaik,selamat dan berkesan..Untuk ibu2 yang menyusu,penurunan secara drastik mungkin akan memberi kesan kepada ku...