Skip to main content

Tips simple untuk kulit yang cantik

Semua orang inginkan kulit yang cantikkan? Tetapi berapa ramai yang betul2 berdisiplin dalam penjagaan kulit muka anda.. Macam Amy sendiri kadang2 terbabas gak untuk cuci muka ecspecially bila balik tgh2 malam,dah tak larat dah nak cuci muka,terus zzzzzz..hehe.. Jom kita sama2 share tips penjagaan muka yang simple..

credit to femalehive

Sentiasa mencuci muka dan pastikan wajah anda betul-betul bersih. Pastikan anda mencuci muka setiap kali selepas anda beriadah dan sebelum anda masuk tidur. Ini bertujuan bagi mengelakkan bakteria berada di kulit muka anda yang mana boleh memberi kesan terhadap kulit wajah anda. Elakkan memicit jerawat. Baca petua cara menghilangkan jerawat dengan berkesan.

Manjakan diri anda dengan masker.
Lakukan rawatan masker ini 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali. Ini secara tak langsung dapat membantu menyegarkan kulit anda dan menaikkan seri wajah, terutamanya masker yang mengandungi bahan-bahan seperti tomato, aloe vera dan timun.
Sekali sekala selain memakai masker cubalah lakukan skrub wajah untuk menghapuskan sel-sel kulit mati.

Memilih produk wajah yang sesuai.
Pastikan anda memilih produk kecantikan wajah yang bersesuaian dengan wajah anda. Produk yang bersesuai dapat memelihara kulit anda dengan baik dan membantu mengurangkan masalah penuaan dan cela-cela di wajah anda.

Memakai pelembab muka.
Pastikan anda mempunyai pelembab muka bagi mengelakkan berlakunya iritasi dan kulit kering. Kulit kering boleh menyebabkan kulit anda nampak kusam. Pemilihan pelembab muka yang betul mampu menyegarkan dan melembutkan wajah anda.

Melakukan urutan wajah.
Jika anda tidak tahu bagaimana melakukan urutan wajah yang betul, anda boleh mendapatkan rawatan di spa-spa kecantikan yang berhampiran. Urutan wajah bagus untuk pengedaran saluran darah di bahagian muka. Pengedaran saluran darah yang bagus dapat mengekalkan keremajaan kulit wajah. Selain itu urutan wajah juga mampu menghilangkan tekanan dan migrain yang anda hadapi.

Haa senangkan nak ikut..Janji rajin jerlah..tapi perlu diingatkan yer,kalau hanya menjaga luaran kulit sajer kadang2 pun tak jadi jugak..Still kena menjaga dalaman..sbb kalau dalaman cantik,automatik luaran pun akan cantik..Macam Amy,Amy lebih pentingkan dalaman..Macammana??Makanlah supplemen untuk kekalkan keremajaan kulit.. :)

rahsia saya!


Minum ESP adalah kewajipan bagi Amy..wajib oke! Sebab kalau tak minum memang rasa cam ada tak kena jer..hehe..Apa yang Amy suka tentang ESP ni adalah dia buat Amy sentiasa bertenaga..Parut2 lama yang ada kat muka ni pun cam dah hilang..pling!!!cam magic jer kan..hehe...Dan sebagai ibu yang menyusu juga ESP ni memekatkan susu dan dalam masa yang sama menguatkan antibodi baby Amy..Alhamdulillah...


Vitamin E?Memang super best..Sebab dia buat kulit sentiasa moist atau lembab..so bagi sesiapa yang kulit kering memang sesuai sangat consume Vitamin E ni..100% recommended by me!! hehe..Satu lagi yang Amy perasan bila Amy consume Vitamin E ni,rambut Amy dah kurang gugur klu compare masa mula2 Amy bersalinkan Zaim dulu,memang merata2 rambut gugur Amy kat dalam rumah tu..huhu.. dan yang paling best,mula-mula Amy makan Vitamin E ni juz untuk kulit muka sahaja, tapi tup2 Amy pregnant..Alhamdulillah..tu jugak rezeki dari Allah..




[caption id="attachment_826" align="aligncenter" width="380"]comel x kak ton??hehe comel x kak ton??hehe[/caption]

Comments

Popular posts from this blog

Cukup ke susu saya??

Salam Jumaat..Hari ni memang semangat sangat updated blog..haha..then hari ni punya post akan berkisar mengenai susu ibu sahaja!Chewahh!! semangat punya pasal kan..Dalam masa Amy kongsi info dengan kawan-kawan,dalam masa yang sama ia sebagai peringatan juga untuk diri Amy..Kot-kot dah lupa lah kan..hehe.. So Amy nak tanya ibu-ibu yang menyusu ni,sebelum ni pernah tak kita terfikir "cukup ke susu aku ni?" "anak aku kenyang ke tak ni".. Sebab sesetengah ibu rasa bila anak mula start meragam,menangis mereka akan ingat susu mereka tidak cukup ataupun tidak mengenyangkan..Betul ke??So bila dah jadi macam tu,ramai yang akan berpaling kepada susu formula..Stop!! Jangan terus buat assumption macam tu..kesian baby anda nanti.. Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml). Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyus...

Makanan pertama Muhammad Zufar! (Ibu yang excited lebih)

Assalammualaikum...Lebih kurang seminggu dah Amy bg solid food kat Zufar,tapi baru nak share dengan korang semua..hehe..maybe majoriti dah tau apa itu solid food,apa itu puree dan sebagainya.Tapi bagi Amy walaupun Zufar anak yang kedua,time nilah baru Amy tau apa itu puree sebab this time kena sediakan makanan Zufar sendiri memandangkan Amy hantar Zufar ke pengasuh...Zaim dulu mak mertua amy yang jaga so tak perlu nak sedia makanan bagai..hehe..Tapi takpe setiap hari adalah hari untuk kita belajar dan setiap anak memberi kita pengalaman yang berbeza..betul tak?? So back to the topic,first solid food yang buat untuk Zufar ialah puree pisang...hehe..Mula2 nak buat tu memang excited sangat..Yelah,setiap ibu mesti rasa macam tu..First time nak tgk anak makan selepas 6 bulan hanya minum susu ibu jer kan..So perkara pertama yang buat ialah beli blender! Yelah,kalau xde blender camner nak blend makanan baby bagi dia tak berketul2..kang tercekik plak baby tu nanti..So blender pilihan Amy yan...

My milkbooster

Salam semua...ambik mood tulis blog sambil tgk af (nak tgk zizan jer sbenarnya).. Lately bila stress,amy perasan susu akan merudum sikit..yelah wlupun kita makan supplemen tp emosi kita tak stabil,badan letih,fikiran asyik stress memang susu akan merudum.. So sebagai ibu yang menyusu,amy sentiasa mencuba makan sesuatu yang baru sama ada ia sesuai dijadikan sebagai milkbooster amy atau tidak..kira try and error lah kan..so pagi tadi,setelah lama tak menyentuh oat yang amy beli,tiba2 rasa teringin nak try..so apa lagi trylah campur oat,horlick dan benda wajib iaitu esp.dan lepas tu terus telan 10 biji alfalfa.tadi try pump susu,ok agak banyak wlupun selepas menyusu kan zufar dan susu pun jadi sangat pekat...yes!ni pun boleh jadi my milkbooster.. So pada semua ibu2 yang tetiba susu kurang,jangan cepat putus asa..kalau boleh try semua makanan yang orang kata boleh jadi milkbooster..tak semua org sama..ada orang makan longan,susu jadi melimpah ruah tp org lain makan berbakul pun tetap x ban...